PACU Drive • Android Auto

Panduan Muat Turun & Pemasangan

Ikut 5 langkah mudah di bawah untuk pasang PACU Drive supaya terus dikesan oleh skrin Android Auto kereta anda.

1. KingInstaller APK
Wajib dipasang dahulu supaya Android Auto dapat kesan app PACU Drive.
Muat Turun KingInstaller
2. PACU Drive APK (Demo 3 Hari)
Simpan fail ini di telefon, kemudian pasang melalui KingInstaller.
Muat Turun PACU Drive
Penting: Jangan tekan terus fail APK PACU Drive dari File Manager biasa. Mesti pasang melalui KingInstaller supaya ikon PACU Drive keluar di skrin kereta!
Langkah Pemasangan
1

Muat Turun & Pasang KingInstaller

Tekan butang Muat Turun KingInstaller di atas, buka fail APK tersebut dan tekan Install. Jika telefon minta kebenaran Install Unknown Apps, tekan Allow / Benarkan.

2

Muat Turun Fail APK PACU Drive

Tekan butang Muat Turun PACU Drive dan tunggu sehingga selesai dimuat turun ke folder Download telefon anda.

3

Pasang PACU Drive Guna KingInstaller

  • Buka app KingInstaller.
  • Tekan Select File dan pilih fail PACU_Drive...apk di folder Download.
  • Tekan butang Install as King dan tunggu sehingga pemasangan selesai.
4

Aktifkan "Unknown Sources" dalam Android Auto

  • Buka Settings telefon → cari Android Auto.
  • Tatal ke paling bawah dan tekan bahagian Version sebanyak 10 kali sehingga keluar mesej Developer Mode aktif.
  • Tekan ikon 3 titik di penjuru kanan atas → pilih Developer settings.
  • Tandakan kotak Unknown sources.
5

Aktifkan Demo 3 Hari (OTP E-mel) & Beri Izin

  • Buka app PACU Drive di telefon → pergi ke tab Lesen, masukkan alamat e-mel anda dan sahkan kod OTP 6-digit untuk mula percubaan 3 hari (1 e-mel & 1 peranti = 1 kali percubaan).
  • Benarkan izin Lokasi (GPS) & Notification Access untuk Speedometer, Cuaca, Waktu Solat, Media Player & Lirik.
  • Mod Percubaan merangkumi Dashboard penuh, YouTube, YouTube Kids & Radio.
  • Sambungkan telefon ke kereta → ikon PACU Drive dan PACU Drive Side akan muncul di skrin Android Auto!
Naik Taraf Versi Penuh (Selepas 3 Hari)
🔑

Buka Enjin Linux (Netflix/DRM) & Auto-Update

Untuk membuka Enjin Linux (Netflix, Astro GO, Unifi TV, Disney+, Prime Video, Chrome) serta ciri Auto-Update, dapatkan Kod Aktivasi (PD-XXXX-XXXX) daripada penjual. Masukkan kod tersebut di tab Lesen dan tekan Aktifkan Versi Penuh.

Soalan Lazim (FAQ)
Ikon PACU Drive tak keluar di skrin kereta?
Pastikan anda pasang APK melalui KingInstaller (bukan File Manager biasa) dan sudah tandakan Unknown sources dalam Developer Settings Android Auto (Langkah 4).
Kenapa Enjin Netflix / Astro GO dikunci dalam mod Demo?
Enjin Linux (Netflix, Astro GO, Unifi TV, Disney+, Prime) dan Auto-Update hanya dibuka selepas menaik taraf ke Versi Penuh.