Penting: Jangan tekan terus fail APK PACU Drive dari File Manager biasa. Mesti pasang melalui KingInstaller supaya ikon PACU Drive keluar di skrin kereta!
Langkah Pemasangan
1
Muat Turun & Pasang KingInstaller
Tekan butang Muat Turun KingInstaller di atas, buka fail APK tersebut dan tekan Install. Jika telefon minta kebenaran Install Unknown Apps, tekan Allow / Benarkan.
2
Muat Turun Fail APK PACU Drive
Tekan butang Muat Turun PACU Drive dan tunggu sehingga selesai dimuat turun ke folder Download telefon anda.
3
Pasang PACU Drive Guna KingInstaller
Buka app KingInstaller.
Tekan Select File dan pilih fail app-trial-release.apk di folder Download.
Tekan butang Install as King dan tunggu sehingga pemasangan selesai.
4
Aktifkan "Unknown Sources" dalam Android Auto
Buka Settings telefon → cari Android Auto.
Tatal ke paling bawah dan tekan bahagian Version sebanyak 10 kali sehingga keluar mesej Developer Mode aktif.
Tekan ikon 3 titik di penjuru kanan atas → pilih Developer settings.
Tandakan kotak Unknown sources.
5
Aktifkan Demo 3 Hari (OTP E-mel) & Beri Izin
Buka app PACU Drive di telefon → pergi ke tab Lesen, masukkan alamat e-mel anda dan sahkan kod OTP 6-digit untuk mula percubaan 3 hari.
Benarkan izin Lokasi (GPS) & Notification Access untuk Speedometer, Cuaca, Waktu Solat, Media Player & Lirik.
Sambungkan telefon ke kereta → ikon PACU Drive dan PACU Drive Side akan muncul di skrin Android Auto!
Cara Aktifkan Mod Side-by-Side (Bersebelahan Map)
⊞
Guna Ikon PACU Drive Side Di Skrin Kereta
Buka Google Maps atau Waze terlebih dahulu di skrin Android Auto (ia akan berada di sebelah kiri).
Tekan ikon App Drawer (⊞) di Android Auto, kemudian pilih ikon PACU Drive Side(bukan PACU Drive biasa).
PACU Drive Side akan terus muncul bersebelahan peta Maps/Waze tanpa menutup navigasi anda!
Jika anda mahu paparan skrin penuh tanpa peta, baru pilih ikon PACU Drive.
Naik Taraf Versi Penuh (Selepas 3 Hari)
🔑
Aktifkan Terus Pada E-mel Anda
Selepas membuat bayaran kepada penjual, cuma berikan alamat e-mel berdaftar anda. Penjual akan aktifkan terus dari sistem dan anda hanya tekan butang Refresh di tab Lesen untuk membuka Enjin Linux (Netflix, Astro GO, Unifi TV, Disney+, Prime) serta Auto-Update!
Soalan Lazim (FAQ)
Ikon PACU Drive tak keluar di skrin kereta?
Pastikan anda pasang APK melalui KingInstaller (bukan File Manager biasa) dan sudah tandakan Unknown sources dalam Developer Settings Android Auto (Langkah 4).
Kenapa Enjin Netflix / Astro GO dikunci dalam mod Demo?
Enjin Linux (Netflix, Astro GO, Unifi TV, Disney+, Prime) dan Auto-Update hanya dibuka selepas menaik taraf ke Versi Penuh.